Tuesday, January 13, 2009

Uniform sekolah



Sesi sekolah 2009 baru bermula dan ibubapa mulalah sibuk menghantar anak ke sekolah masing-masing jika tak naik bas sekolah. Saya ada anak di sesi pagi dan di sesi petang dan perlu menghantar ke 3 sekolah beasingan.Dulu pernah saya suruh anak saya naik bas sekolah tapi masalahnya bas sekolah akan menghantar anak saya paling akhir kerana tempat tinggal kami adalah paling jauh. Jadi kalau sekolah berakhir pada pukul 1.00 pm (sesi petang), maka beliau akan tiba di rumah pada pukul 2.30 pm. Kalau ada ko-korikulum petang tu perlu lah tergesa-gesa bersiap untuk ke sekolah semula. Kalau saya hantar anak ke sekolah agama rakyat,lagilah saya 'pening kepala'.

Saya bukan nak cerita mengenai rutin menghantar anak kesekolah. Ini adalah cerita uniform sekolah. Anak saya di Tahun 5 tahun ini telah dipilih menjadi pengawas SPBT. SPBT? Nama sekolah ke? Bukan itu initial bagi Skim Pinjaman Buku Teks. Pengawas untuk menjaga kualiti buku pinjaman pelajar-pelajar sentiasa dalam keadaan yg terpelihara. Agaknya lah. Surat tawaran yang kirimkan melalui anak saya pun tak bagi tahu fungsi sebenar pengawas tersebut. Anak saya beriya-iya mahu penjadi pengawas itu walaupun saya kurang bersetuju.

Surat tawaran itu hanya mengatakan anak saya dilantik untuk tahun 2009. Di senaraikan pakaian yang perlu dibeli untuk tujuan itu.

"Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah bersetuju agar Pengawas SPBT Sekolah memakai pakaian seragam seperti berikut:

3.1. Baju Kurung / Kemeja : Hijau Muda
3.2. Kain / seluar : Hijau Gelap
3.3. Tudung (Perempuan) : Hijau Muda
3.4. Kasut : Kanvas Berwarna Hitam
3.5. Vest : Hijau Gelap
3.6. Tali Leher : Hijau Gelap "

Saya kurang pasti jika pengawas SPBT ini dibentuk dari arahan Kementerian atau memang sekolah yang mengada-ngada!









No comments:

Post a Comment